2013年8月1日星期四

Ciri-ciri tamadun Mesir Purba

Petempatan kekal 

   
Firaun Menes ( 3200 S.M )

  • Apabila Firaun Menes meyatukan semua nome , beliau telah mengasaskan pusat petadbirannya di bandar Thinis .
  • Selapas itu , pusat pentadbiran telah berpindah ke bandar Memphis .
  • Pada kemuncak Zaman Pertengahan , pusat pentadbiran telah berpindah ke Bandar Thebes .
  • Terdapat beberapa bandar penting seperti Heliopolis , Fayoum dan Abydos .
  • Nandar ialah tempat kediaman firaun , pusat pemerintahan dan pentadbiran  , pelabuhan penting , pusat tumpuan penduduk dan pusat keagamaan . 


Organisasi sosial 

  • Kehidupan berorganisasi diketuai oleh firaun yang merupakan raja yang berkuasa mutlak serta dianggap suci .
  • Jawatan firaun diwarisi secara turun-temurun .
  • Firaun telah dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus pada zaman kerajaan yang lama .
  • Semasa pemerintahan dinasti ke-3 dan ke-4 , firaun digelar sebagai Raja Matahari kerana dipercayai bahawa firaun ialah anak Tuhan Matahari ( Amon-Re )
  • Firaun merupakan ketua pendeta , pemilik tanah , ketua hakim dan ketua pahlawan . 
  • Selepas firaun , ialah golongan bangsawan , rahib , tuan tanah serta jurutulis .
  • Susunan lapisan seterusnya ialah golongan rakyat bebas yang terdiri daripada petani , peadagang dan artisan .
  • Lapisan terbawah ialah hamba .

Susunan lapisan masyarakat Mesir Purba


Sistem pemerintahan

  • Mesir Purba diterajui oleh raja ( firaun )
  • Beliau dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran , menjaga keamanan , mengurus , dan mengagihkan penghasilan makanan di dalam negara .
  • Golongan bangsawan terdiri daripada pegawai , penasihat , dan juga gabenor yang mentadbir wilayah yang ditakluki . 
  • Para rahib dipertanggungjawabkan untuk mentadbir hal keagamaan . 
  • Urusan pentadbiran juga turut dibantu oleh jurutulis .
  • Jurutulis terdiri daripada orang awam yang telah dilantik untuk menulis segala rekod kerajaan .
  • Tamadun Mesir Purba juga mengiktiraf wanita sebagai pemimpin , iaitu Firaun Hatshepsut . 
  • Firaun Hatshepsut telah dilantik semasa Zaman Empayar .
  • Beliau telah membina terusan dan menukar padang pasir kepada tanah pertanian yang subur .
  • Pencapaian beliau telah membuktikan wanita mampu memerintah dan mempunyai taraf yang tinggi .



Pengkhususan pekerjaan  

  • Menjalankan pengkhususan pekerjaan seperti penenunan , pembuatan barang tembikar dan juga peralatan , melombong emas , berdagang dan bertani .
  • Eksport utamanya ialah tekstil dan kertas manakala pengangkutan di air memainkan peranan penting .



Agama dan kepercayaan 


  • Mempercayai kepada konsep politeisme .
  • Setiap tuhan dikaitkan dengan unsur alam seperti Re ( Tuhan Matahari ) , Ra-Atum ( Tuhan Langit ) dan Amun ( Tuhan Angin ) .
  • Percaya kepada kehidupan selepas mati mengakibatkan mayat perlu disimpan dan dijaga dengan teliti .
  • Makam mayat mesti dipenuhi dengan peralatan serta keperluan kehidupan selepas mati dan diiringi barangan serta kelengkapan harian ditanam bersama-sama .
  • Kedudukan atau status mayat dibuktikan melalui solekan mayat , alat kebesaran dan jumlah barang dikebumikan .

Sistem tulisan


  • Dikenali sebagai hieroglif .
  • Berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan sembunyi .
  • Tujuan : 
  1. mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan pengutipan cukai
  2. keagamaan dan amalan ritual kepercayaan

           
         


没有评论:

发表评论