video terhadap Imhotep :
THE LEGACY OF IMHOTEP
video terhadap cara memumiakan mayat :
MUMMY IS REAL
THE MUMMY ( part 1/10 )
2013年8月1日星期四
Sumbangan Tamadun Mesir Purba
Seni Bina :
- piramid yang bermula daripada ilham Imhotep .
- Beliau seorang saintis , ahli fizik , arkitek dan penasihat penting kepada Firaun Djoser ( 3150 S.M )
- Beliau memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu bata .
- Beliau merupakan pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera .
Piramid Mesir Purba |
Ciptaan kertas
pokok papyrus |
- Mereka mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidup di Lembah Sg Nil .
- Telah memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu bata untuk menyimpan khazanah bangsa .
Sistem tulisan dan sistem pendidikan
- Tulisan Hieroglif
- Kanank daripada keluarga atasan diberi pendidikan sejak dari umur yang rendah.
- Institusi pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat dan diletak di bawah pentadbiran kerajaan.
- Tujuan : melahirkan pegawai terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih .
- Ilmu geometri , matematik dan sains diajar bagi melahirkan golongan yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian , pengawalan air Sg Nil serta pembinaan bangunan dan piramid .
Ilmu perubatan :
- Proses memumiakan mayat .
- Pengamal perubatan .
- Memberi sumbangan besar kepada bidang kimia , fizik dan pembedahan .
Matematik dan astronomi:
- Perkembangan ilmu matematik : algebra , geometri dan astronomi digunakan dalam usaha mengawal banjir .
- Berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian .
- Firaun Senuusret III membina sebuah tembok pengairan untuk menebus guna kawasan padang pasir .
- Perkembangan bidang astronomi dan matematik mambolehkan penciptaan kalender yang memupunyai 365 hari setahun dan membahagikan kepada 12 bulan .
Sudut maklumat ( Ciri-ciri Mesir Purba )
Firaun :
Ketua kerajaan Mesir Purba dipanggil firaun . Perkataan ini berasal daripada perkataan Yunani , iaitu pharaoh yang bererti rumah yang agung . Istilah rumah yang agung bermakna pihak ataupun kuasa yang mengenakan pembayaran cukai terhadap tanah dan harta .
Tuhan Horus :
Salah satu Tuhan Pagan dari zaman Mesir Purba . Dia merupakan anak Isis dan Tuhan Matahari Osiris .
Ketua kerajaan Mesir Purba dipanggil firaun . Perkataan ini berasal daripada perkataan Yunani , iaitu pharaoh yang bererti rumah yang agung . Istilah rumah yang agung bermakna pihak ataupun kuasa yang mengenakan pembayaran cukai terhadap tanah dan harta .
Tuhan Horus :
Salah satu Tuhan Pagan dari zaman Mesir Purba . Dia merupakan anak Isis dan Tuhan Matahari Osiris .
Bapa Tuhan Horus |
Ibu Tuhan Horus Firaun Hatshepsut : |
Hatchepsut bermaksud Wanita Bangsawan Terulung , firaun ke-5 dari dinasti ke-18 . Para egiptologi menganggap beliau sebagai salah satu firaun wanita yang paling berjaya , yang memerintah lebih lama daripada pemerintah perempuan manapun dalam sesebuah dinasti asal .
Youtube link : click and see it =)
Ciri-ciri tamadun Mesir Purba
Petempatan kekal
Firaun Menes ( 3200 S.M ) |
- Apabila Firaun Menes meyatukan semua nome , beliau telah mengasaskan pusat petadbirannya di bandar Thinis .
- Selapas itu , pusat pentadbiran telah berpindah ke bandar Memphis .
- Pada kemuncak Zaman Pertengahan , pusat pentadbiran telah berpindah ke Bandar Thebes .
- Terdapat beberapa bandar penting seperti Heliopolis , Fayoum dan Abydos .
- Nandar ialah tempat kediaman firaun , pusat pemerintahan dan pentadbiran , pelabuhan penting , pusat tumpuan penduduk dan pusat keagamaan .
Organisasi sosial
- Kehidupan berorganisasi diketuai oleh firaun yang merupakan raja yang berkuasa mutlak serta dianggap suci .
- Jawatan firaun diwarisi secara turun-temurun .
- Firaun telah dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus pada zaman kerajaan yang lama .
- Semasa pemerintahan dinasti ke-3 dan ke-4 , firaun digelar sebagai Raja Matahari kerana dipercayai bahawa firaun ialah anak Tuhan Matahari ( Amon-Re )
- Firaun merupakan ketua pendeta , pemilik tanah , ketua hakim dan ketua pahlawan .
- Selepas firaun , ialah golongan bangsawan , rahib , tuan tanah serta jurutulis .
- Susunan lapisan seterusnya ialah golongan rakyat bebas yang terdiri daripada petani , peadagang dan artisan .
- Lapisan terbawah ialah hamba .
Proses pembentukan Mesir Purba
- Sejak tahun 5000 S.M orang yang menetap di Lembah Sg Nil telah mencapai tahap kebudayaan gangsa pada zaman logam.
- Mereka menggunakan alat gangsa untuk membina sistem perparitan dan pengairan yang baik untuk pertanian .
- Mereka membina peralatan kawalan air dan terusan untuk meninggikan nilai kesuburan tanah untuk mendirikan petempatan tetap yang berteraskan pertanian dan telah berkembang menjadi perkampungan.
- Gabungan kampung-kampung mewujudkan beberapa buah bandar kemudian bergabung dan membentuk sebuah nome atau daerah .
- Akhirnya , kesemua nome ini disatukan dengan salah sebuah bandar dan menjadi pusat pentadbiran .
- Misalnya , bandar Thinis , Memphis dan Thebes .
Kerangka masa Mesir Purba
- Berkembang daripada petempatan awal pada zaman Neolitik (10000 S.M - 5000 S.M )
- Dapat dibahagikan kepada empat iaitu:
Zaman pertengahan ( 2040 - 1785 S.M )
Zaman empayar ( 1570 - 1085 S.M )
Zaman Keruntuhan ( 1085 - 322 S.M )
- Selepas zaman kegemilangan pada zaman Empayar , Mesir Purba telah mengalami zaman keruntuhan apabila perintahnya dikuasai oleh orang asing seperti :
- Libya ( 1100 - 947 S.M )
- Kush ( 730 - 670 S.M )
- Assyria ( 663 - 609 S.M )
- Parsi ( 525 S.M )
- Yunani ( 332 - 30 S.M )
- Rom (30 S.M )
Lokasi Tamadun Mesir Purba
- Anugerah daripada Sg Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranean .
- Sg Nil berpunca daripada dua anak sungai iaitu Sg Nil Biru dan Sg Nil Putih.
- Sg Nil Biru bermula dari tanah tinggi di Ethiopia manakala Sg Nil Putih bermula dari Tasik Victoria di Uganda .
- Sg Nil telah menukarkan bentuk muka bumi Mesir Purba kepada tanah dataran yang subur oleh limpahan airnya ke tanah yang gersang dan berpadang pasir.
Lokasi Tamadun Mesir Purba |
订阅:
博文 (Atom)