2013年8月1日星期四

Sudut maklumat (Sumbangan Mesir Purba)

video terhadap Imhotep :
THE LEGACY OF IMHOTEP

video terhadap cara memumiakan mayat :
MUMMY IS REAL

THE MUMMY ( part 1/10 )


Sumbangan Tamadun Mesir Purba

Seni Bina :


  • piramid yang bermula daripada ilham Imhotep .
  • Beliau seorang saintis , ahli fizik , arkitek dan penasihat penting kepada Firaun Djoser ( 3150 S.M )
  • Beliau memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu bata .
  • Beliau merupakan pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera .
Piramid Mesir Purba

Ciptaan kertas 


pokok papyrus

  • Mereka mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidup di Lembah Sg Nil .
  • Telah memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu bata untuk menyimpan khazanah bangsa . 







Sistem tulisan dan sistem pendidikan 

  • Tulisan Hieroglif
  • Kanank daripada keluarga atasan diberi pendidikan sejak dari umur yang rendah.
  • Institusi pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat dan diletak di bawah pentadbiran kerajaan.
  • Tujuan : melahirkan pegawai terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih .
  • Ilmu geometri , matematik dan sains diajar bagi melahirkan golongan yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian , pengawalan air Sg Nil serta pembinaan bangunan dan piramid .

Ilmu perubatan :

  • Proses memumiakan mayat .
  • Pengamal perubatan .
  • Memberi sumbangan besar kepada bidang kimia , fizik dan pembedahan .

Matematik dan astronomi:

  • Perkembangan ilmu matematik : algebra , geometri dan astronomi digunakan dalam usaha mengawal banjir .
  • Berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian .
  • Firaun Senuusret III membina sebuah tembok pengairan untuk menebus guna kawasan padang pasir .
  • Perkembangan bidang astronomi dan matematik mambolehkan penciptaan kalender yang memupunyai 365 hari setahun dan membahagikan kepada 12 bulan .

Sudut maklumat ( Ciri-ciri Mesir Purba )

Firaun :
Ketua kerajaan Mesir Purba dipanggil firaun . Perkataan ini berasal daripada perkataan Yunani , iaitu pharaoh yang bererti rumah yang agung . Istilah rumah yang agung bermakna pihak ataupun kuasa yang mengenakan pembayaran cukai terhadap tanah dan harta .

Tuhan Horus :
Salah satu Tuhan Pagan dari zaman Mesir Purba . Dia merupakan anak Isis dan Tuhan Matahari Osiris .


Bapa Tuhan Horus





Ibu Tuhan Horus








Firaun Hatshepsut :

Hatchepsut bermaksud Wanita Bangsawan Terulung , firaun ke-5 dari dinasti ke-18 . Para egiptologi menganggap beliau sebagai salah satu firaun wanita yang paling berjaya , yang memerintah lebih lama daripada pemerintah perempuan manapun dalam sesebuah dinasti asal .


Youtube link : click and see it =) 


Ciri-ciri tamadun Mesir Purba

Petempatan kekal 

   
Firaun Menes ( 3200 S.M )

  • Apabila Firaun Menes meyatukan semua nome , beliau telah mengasaskan pusat petadbirannya di bandar Thinis .
  • Selapas itu , pusat pentadbiran telah berpindah ke bandar Memphis .
  • Pada kemuncak Zaman Pertengahan , pusat pentadbiran telah berpindah ke Bandar Thebes .
  • Terdapat beberapa bandar penting seperti Heliopolis , Fayoum dan Abydos .
  • Nandar ialah tempat kediaman firaun , pusat pemerintahan dan pentadbiran  , pelabuhan penting , pusat tumpuan penduduk dan pusat keagamaan . 


Organisasi sosial 

  • Kehidupan berorganisasi diketuai oleh firaun yang merupakan raja yang berkuasa mutlak serta dianggap suci .
  • Jawatan firaun diwarisi secara turun-temurun .
  • Firaun telah dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus pada zaman kerajaan yang lama .
  • Semasa pemerintahan dinasti ke-3 dan ke-4 , firaun digelar sebagai Raja Matahari kerana dipercayai bahawa firaun ialah anak Tuhan Matahari ( Amon-Re )
  • Firaun merupakan ketua pendeta , pemilik tanah , ketua hakim dan ketua pahlawan . 
  • Selepas firaun , ialah golongan bangsawan , rahib , tuan tanah serta jurutulis .
  • Susunan lapisan seterusnya ialah golongan rakyat bebas yang terdiri daripada petani , peadagang dan artisan .
  • Lapisan terbawah ialah hamba .

Susunan lapisan masyarakat Mesir Purba


Sistem pemerintahan

  • Mesir Purba diterajui oleh raja ( firaun )
  • Beliau dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran , menjaga keamanan , mengurus , dan mengagihkan penghasilan makanan di dalam negara .
  • Golongan bangsawan terdiri daripada pegawai , penasihat , dan juga gabenor yang mentadbir wilayah yang ditakluki . 
  • Para rahib dipertanggungjawabkan untuk mentadbir hal keagamaan . 
  • Urusan pentadbiran juga turut dibantu oleh jurutulis .
  • Jurutulis terdiri daripada orang awam yang telah dilantik untuk menulis segala rekod kerajaan .
  • Tamadun Mesir Purba juga mengiktiraf wanita sebagai pemimpin , iaitu Firaun Hatshepsut . 
  • Firaun Hatshepsut telah dilantik semasa Zaman Empayar .
  • Beliau telah membina terusan dan menukar padang pasir kepada tanah pertanian yang subur .
  • Pencapaian beliau telah membuktikan wanita mampu memerintah dan mempunyai taraf yang tinggi .



Pengkhususan pekerjaan  

  • Menjalankan pengkhususan pekerjaan seperti penenunan , pembuatan barang tembikar dan juga peralatan , melombong emas , berdagang dan bertani .
  • Eksport utamanya ialah tekstil dan kertas manakala pengangkutan di air memainkan peranan penting .



Agama dan kepercayaan 


  • Mempercayai kepada konsep politeisme .
  • Setiap tuhan dikaitkan dengan unsur alam seperti Re ( Tuhan Matahari ) , Ra-Atum ( Tuhan Langit ) dan Amun ( Tuhan Angin ) .
  • Percaya kepada kehidupan selepas mati mengakibatkan mayat perlu disimpan dan dijaga dengan teliti .
  • Makam mayat mesti dipenuhi dengan peralatan serta keperluan kehidupan selepas mati dan diiringi barangan serta kelengkapan harian ditanam bersama-sama .
  • Kedudukan atau status mayat dibuktikan melalui solekan mayat , alat kebesaran dan jumlah barang dikebumikan .

Sistem tulisan


  • Dikenali sebagai hieroglif .
  • Berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan sembunyi .
  • Tujuan : 
  1. mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan pengutipan cukai
  2. keagamaan dan amalan ritual kepercayaan

           
         


Proses pembentukan Mesir Purba

  •  Sejak tahun 5000 S.M orang yang menetap di Lembah Sg Nil telah mencapai tahap kebudayaan gangsa pada zaman logam.
  • Mereka menggunakan alat gangsa untuk membina sistem perparitan dan pengairan yang baik untuk pertanian . 
  • Mereka membina peralatan kawalan air dan terusan untuk meninggikan nilai kesuburan tanah untuk mendirikan petempatan tetap yang berteraskan pertanian dan telah berkembang menjadi perkampungan.
  •  Gabungan kampung-kampung mewujudkan beberapa buah bandar kemudian bergabung dan membentuk sebuah nome atau daerah .
  • Akhirnya , kesemua nome ini disatukan dengan salah sebuah bandar dan menjadi pusat pentadbiran .
  • Misalnya , bandar Thinis , Memphis dan Thebes . 

Kerangka masa Mesir Purba


  • Berkembang daripada petempatan awal pada zaman Neolitik (10000 S.M - 5000 S.M )
  • Dapat dibahagikan kepada empat iaitu:
          Zaman awal     ( 3100 - 2200 S.M )
          
         Zaman pertengahan     ( 2040 - 1785 S.M )
         
         Zaman empayar     ( 1570 - 1085 S.M )
          
         Zaman Keruntuhan     ( 1085 - 322 S.M )

  • Selepas zaman kegemilangan pada zaman Empayar , Mesir Purba telah mengalami zaman keruntuhan apabila perintahnya dikuasai oleh orang asing seperti :
  1.           Libya     ( 1100 - 947 S.M )        
  2.           Kush     ( 730 - 670 S.M )
  3.           Assyria     ( 663 - 609 S.M )           
  4.           Parsi     ( 525 S.M )
  5.           Yunani     ( 332 - 30 S.M ) 
  6.           Rom     (30 S.M )



Lokasi Tamadun Mesir Purba


  • Anugerah daripada Sg Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranean .
  • Sg Nil berpunca daripada dua anak sungai iaitu Sg Nil Biru dan Sg Nil Putih.
  • Sg Nil Biru bermula dari tanah tinggi di Ethiopia manakala Sg Nil Putih bermula dari Tasik Victoria di Uganda .
  • Sg Nil telah menukarkan bentuk muka bumi Mesir Purba kepada tanah dataran yang subur oleh limpahan airnya ke tanah yang gersang dan berpadang pasir.
Lokasi Tamadun Mesir Purba